Saturday, August 18, 2018

Bagaimana Nak Tukar Tangki Air Tandas

Untuk tandas dibuat dari tembikar biasanya tangki air untuk flush air dibuat dari tembikar juga (ada yg dibuat dari plastik). Jika tangki tembikar itu rosak atau pecah, kita boleh gantikan saja dgn tangki plastik yg harganya sekitar RM40-RM50. Jika flush unit di dalam tangki rosak kita boleh tukar saja flush unit di dalam tangki. Kalau tidak ada di pasaran terpaksalah tukar tangki satu set!

tangki lama yg retak (bocor)


buka skru pengikat kedua-dua belah di bahagian
 bawah mangkuk tandas


tangki plastik yg baru agak kecil ada ruang
antara dengan dinding, lapik dgn paip yg dipotong


tangki baru yg telah siap untuk beroperasi


Thursday, April 26, 2018

Kipas Anda Tidak Menjana Angin Yg Kuat?

Walaupun kipas anda dilaras pada kelajuan yg tinggi, tetapi angin tidak kuat. Ini adalah kerana bila terlalu lama tidak dicuci, banyak habuk akan melekat  di sepanjang hujung bilah yg menjana angin. Habuk ini akan mengurangkan penjanaan angin pada semua bilah kipas.

Penyeselaiannya amat mudah, lapkan saja dgn kain (seelok-eloknya guna air sabun). Nah! sekarang kipas anda akan berpusing lebih laju & menghasilkan angin yg lebih kuat!😊

Tuesday, April 24, 2018

KIPAS SILING ANDA BERBUNYI?

Kipas siling berbunyi? Mudah saja, turunkan kipas, buka semua cover bahagian atas, juga bahagian bawah jika perlu. Gunakan minyak mesin jahit (RM1.90) atau apa-apa minyak contohnya minyak engine (bukan minyak minyak masak😊), titik pada bearing kipas. Insha Allah bunyi akan hilang!

 

Sunday, February 4, 2018

Kipas Anda Kelihatan Lusuh Dan Tidak Menarik?

Jangan susah hati, ada cara untuk memastikan kipas anda kelihatan seperti baharu, malah lebih menarik lagi.

Kipas lama berwarna putih & kotor kelihatan tidak menarik
Anda boleh mengecat semula apa-apa warna yang anda suka contohnya gold, 
silver, purple dan sebagainya 

Saya lebih suka memilih warna silver


Sebelum mengecat pastikan bilah kipas telah dibersihkan dari habuk dan kekotoran, kemudian permukaan bilah kipas tadi digosok dengan kertas pasir halus untuk memastikan permukaan bersih dan juga supaya cat melekat dengan kuat.Terpulang kepada anda samada untuk menanggalkan bilah kipas atau tidak untuk mengecat.

Gunakan kertas pasir halus untuk menggosok permukaan bilah kipas
sebelum mengecat bagi memastikan permukaan bersih & cat melekat!



 Pastikan logo ditutup dengan masking tape sebelum anda spray cat 
untuk memelihara keaslian kipas tersebut.



 Kipas yang telah dicat dengan warna silver kelihatan lebih menarik

  


Pedestal Fan & Table Fan
 

Anda juga boleh mengecat kipas berdiri atau kipas meja mengikut warna pilihan anda



 Untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik, anda boleh juga spray cat jernih (clear)
sebagai lapisan terakhir selepas lapisan warna pilihan anda.

Friday, February 2, 2018

Bagaimana Cara Untuk Membaiki Kipas Siling atau Kipas Meja Berpusing Sangat Perlahan?

Jika kipas siling atau kipas meja anda berpusing sangat perlahan walaupun telah dilaras pada kelajuan yg maksima, jangan bimbang, ada caranya tak perlu tukar kipas baru lagi. Yang rosak cuma capacitor sahaja yg boleh dibeli di mana-mana kedai elektrik. Harganya antara RM15-RM25. Lebih mahal lebih bagus dan tahan lebih lama! Bagaimana caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah:

 kipas siling berpusing perlahan

 
 buka cover pada bahagian atas motor kipas

buka sambungan pada capacitor

 
tukar capacitor 

pastikan capacitor nilainya sama seperti yg rosak, contoh di atas 2.0µF


Kipas Meja 

  
buka bilah kipas


buka cover - nampak capacitor

  


 bersihkan habuk & kotoran dengan berus cat


 tukar capacitor yang nilainya sama, contoh di atas 1.5µF


- cara membaiki kipas siling atau kipas meja yang berpusing sangat perlahan -

Wednesday, January 31, 2018

[DIY - Buat Sendiri] Bagaimana Untuk Menjadikan Perabut Lama Kelihatan Seperti Baharu?

Perabut kayu yang kita pakai pada satu jangkama yang lama akan kelihatan kusam dan membosankan, jangan buang. Lap/bersihkah dan spray cat jernih (clear spray paint) 1 tin RM6 saja, kalau nak hasil yang berkualiti & senang spray, belilah brand 'Samurai'. Isteri anda pasti terperanjat kerana perabut-perabut tadi kelihatan seperti baru. 

Cat spray clear boleh dibeli di mana-mana kedai hardware. Kalau nak hasil yg elok, spray beberapa lapisan nipis dan biarkan kering dahulu tunggu 15 minit antara lapisan tadi. Jangan spray terlalu dekat dan banyak sekali gus kerana cat akan meleleh dan hasilnya akan mendukacitakan anda! Selamat mencuba!!


 Sebelum Dan Selepas


 
Samurai Clear Spray Paint


 Bosny Clear Spray Paint


Kalau tidak yakin lagi, mulakan dahulu dengan perkakas 
kayu yang kecil, contohnya penyangkut cawan!


 Sebelum Dan Selepas



Perabut Kelihatan Berkilat













 
- cara bagaimana untuk mengecat  spray - sembur cat membaiki perabut kayu yang kusam supaya kelihatan baru-