Sunday, February 4, 2018

Kipas Anda Kelihatan Lusuh Dan Tidak Menarik?

Jangan susah hati, ada cara untuk memastikan kipas anda kelihatan seperti baharu, malah lebih menarik lagi.

Kipas lama berwarna putih & kotor kelihatan tidak menarik
Anda boleh mengecat semula apa-apa warna yang anda suka contohnya gold, 
silver, purple dan sebagainya 

Saya lebih suka memilih warna silver


Sebelum mengecat pastikan bilah kipas telah dibersihkan dari habuk dan kekotoran, kemudian permukaan bilah kipas tadi digosok dengan kertas pasir halus untuk memastikan permukaan bersih dan juga supaya cat melekat dengan kuat.Terpulang kepada anda samada untuk menanggalkan bilah kipas atau tidak untuk mengecat.

Gunakan kertas pasir halus untuk menggosok permukaan bilah kipas
sebelum mengecat bagi memastikan permukaan bersih & cat melekat!



 Pastikan logo ditutup dengan masking tape sebelum anda spray cat 
untuk memelihara keaslian kipas tersebut.



 Kipas yang telah dicat dengan warna silver kelihatan lebih menarik

  


Pedestal Fan & Table Fan
 

Anda juga boleh mengecat kipas berdiri atau kipas meja mengikut warna pilihan anda



 Untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik, anda boleh juga spray cat jernih (clear)
sebagai lapisan terakhir selepas lapisan warna pilihan anda.

No comments:

Post a Comment