Friday, February 2, 2018

Bagaimana Cara Untuk Membaiki Kipas Siling atau Kipas Meja Berpusing Sangat Perlahan?

Jika kipas siling atau kipas meja anda berpusing sangat perlahan walaupun telah dilaras pada kelajuan yg maksima, jangan bimbang, ada caranya tak perlu tukar kipas baru lagi. Yang rosak cuma capacitor sahaja yg boleh dibeli di mana-mana kedai elektrik. Harganya antara RM15-RM25. Lebih mahal lebih bagus dan tahan lebih lama! Bagaimana caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah:

 kipas siling berpusing perlahan

 
 buka cover pada bahagian atas motor kipas

buka sambungan pada capacitor

 
tukar capacitor 

pastikan capacitor nilainya sama seperti yg rosak, contoh di atas 2.0µF


Kipas Meja 

  
buka bilah kipas


buka cover - nampak capacitor

  


 bersihkan habuk & kotoran dengan berus cat


 tukar capacitor yang nilainya sama, contoh di atas 1.5µF


- cara membaiki kipas siling atau kipas meja yang berpusing sangat perlahan -

Wednesday, January 31, 2018

[DIY - Buat Sendiri] Bagaimana Untuk Menjadikan Perabut Lama Kelihatan Seperti Baharu?

Perabut kayu yang kita pakai pada satu jangkama yang lama akan kelihatan kusam dan membosankan, jangan buang. Lap/bersihkah dan spray cat jernih (clear spray paint) 1 tin RM6 saja, kalau nak hasil yang berkualiti & senang spray, belilah brand 'Samurai'. Isteri anda pasti terperanjat kerana perabut-perabut tadi kelihatan seperti baru. 

Cat spray clear boleh dibeli di mana-mana kedai hardware. Kalau nak hasil yg elok, spray beberapa lapisan nipis dan biarkan kering dahulu tunggu 15 minit antara lapisan tadi. Jangan spray terlalu dekat dan banyak sekali gus kerana cat akan meleleh dan hasilnya akan mendukacitakan anda! Selamat mencuba!!


 Sebelum Dan Selepas


 
Samurai Clear Spray Paint


 Bosny Clear Spray Paint


Kalau tidak yakin lagi, mulakan dahulu dengan perkakas 
kayu yang kecil, contohnya penyangkut cawan!


 Sebelum Dan Selepas



Perabut Kelihatan Berkilat













 
- cara bagaimana untuk mengecat  spray - sembur cat membaiki perabut kayu yang kusam supaya kelihatan baru-